Tuesday, 28 July 2015

Raya yeayy

Assalamualaikum semua :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin readers

Sepatutnya I post this entry on first raya yet busy giler (kalah mak mak kan). Since tengah free ni boleh lepak buat new entry untuk raya. As usual raya pertama mesti dekat Selangor, sebab kitorang takde kampung *sigh. Tapi beraya dekat Selangor pon best jugak sebab first raya memang wajib pergi rumah adik beradik belah ibu. Almaklumlah semua duduk dekat dekat jadi kita merapatkan ukhwah supaya lebih akrab (cewahhh).

#Raya1

completed :)

happy we're happy

bende paling seronok waktu raya adalah sumbat apa yang ibu masak

boss lepak baik punya, penat katanya masak dengan ibu :) always setting up for capturing moment

they grew up with me, kaki gaduh
For your information on the first raya we just wore last year's baju sebab baju ni baru dua kali je aku guna but we make some different by using different color of shawl haha.

latest picture tak nampak sangat sebab kitorang duduk belakang kerusi. LAST YEAR RAYA PICTURE


#Raya2

Raya kedua kitorang pergi Pahang, kalau pergi balik Pahang mende yang aku suka enviroment kampung masih kekal, almaklumlah tak biasa duduk kampung. Kalau balik sana ada je orang panggil aku makcik sebab pangkat aku memang makcik hahaha. Tapi tak kesah pon makcik ke, adik ke, kakak ke yang penting aku kenal diorang to ensure bila jumpa dkt traffic light ke boleh tegur tegur.


Muka yang tengah tu eksaited sebenarnya nampak kampung

nak kahwin cepat kau mesti ada ciri ciri makcik makcik sikit supaya mak kau percaya yang kau boleh sembang dengan pak sedara suami kau nanti :D


pantang nampak kucing.

nak tahu apa gelaran aku dekat anak anak tuan rumah yang pakai baju kurung purple dan baju merah. Makngah, nice name babeh. Pangkat aku setaraf dengan tuan rumah sebenarnya ( saje nak bagi cliche)

Waris Daud. yang kanan sekali tu pakcik rockers :)

omak omak dan anak anak dara


biasalah bila dah jumpa..
aku rasa sampai disina je aku nak post pasal enrty raya. Saja nak belanja gambar walaupun ada lagi gambar yang cute miutee tapi aku tak dapat lagi dari sedara mara.

Friday, 12 June 2015

Dah nak puasa wey :')

Assalamualaikum engkorang sekalian :)

Puasa minggu depan, insyaallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa dengan bulan yang mulia ni :)

First of all "dah ganti puasa ke adik adik, akak akak, mokcik mokcik sekalian? atau abang abang, pokcik pokcik? siapa belum cepat langsaikan tanggungjawab anda :) (warna merah tanda penegasan)

Harapan aku puasa tahun ni :

Harap puasa tahun ni aku kerap pergi solat terawih. Bukan nak cakap aku malas tapi aku banyak kerja. Tahu hidup kena korban ke jalan Allah tapi solat terawih ni ikut kemampuan kita, janji yang wajib kita laksanakan dulu. Tapi aku akan cuba curi masa jugak nak solat terawih, takkan nak puasa kosong je kan tanpa amalan yang Allah dah janjikan yang indah indah di bulan mulia ni.

Harap puasa tahun ni aku tak membazir macam tahun lepas. Elehh bukan aku sorang je yang membazir korang pon sama kan *angkat kening*. Serious wey aku rasa berdosa giler buang nasi, buang kuih yang tak bersalah tu. Aku rasa kalau diorang boleh bercakap sure dah maki hamun aku depan tong sampah. Tapi yang bestnya aku jarang beli air dekat bazaar, dah ahh banyak lepastu nak suruh aku minum sampai kembung, wey setakat air paip je wey aku rasa korang pon boleh amik air dekat tandas hostel tanpa masak air tu dulu. Dengar jijik kan tapi hakikatnya sebegitu, diorang pakai air paip je buat air tu (tapi tak semua penjual macam tu, ada yang masak dulu).

Harap aku tak tinggal sahur. Ni memang selalu aku buat since aku dekat Uitm sebab aku kerap tidur lambat sampai terlajak, dah azan baru bangun rasa macam nak nangis je waktu tu. Kalau dekat matrik dulu aku tak pernah tinggal sahur sebab roomate aku selalu kejutkan aku kalau dia bangun awal dan kalau aku bangun awal aku akan kejutkan dia.

Dah banyak harapan aku, aku doakan aku laksanakan yang baik baik supaya dihari hari lain akan menyusul yang baik baik sahaja, insyaallah :)

Selamat berpuasa korang semua :)

Sunday, 7 June 2015

Berjuang

Assalamualaikum engkorang engkorang sekalian :)

Tajuk memang cliche kan. Dak dak dah masuk sem baru cenggini lah mula mula semangat giler nanti dah last last macam kayu lembab je. Waktu last sem lah fikir nak pergi vacation sebab nak release tension bagai lah, waktu ni lah dugaan kerja kena reject lah, waktu ni lah duit keluar macam air tumpah. Banyak nak taip pasal 'waktu ni lah' tapi takpe kita cut down dulu sebab biar korang rasa sendiri.

Bila masuk U ni ingat semuanya best tapi tekaan aku salah sebab apa, sebab korang kena banyak buat sendiri dan once kau dah buat hal dekat kelas kau akan diperhatikan oleh lecturer bukan sorang tapi semua lecturer yang ajar kau. So far alhamdulillah aku masih baik walaupun kerap bangun lambat, sebab kerap stayed up, pelajar contoh an buat kerja sampai tidur lambat. hahahaha sem lepas aku banyak research dari buat kerja dan banyak fikir dari buat kerja (kau ada idea tapi satu pon tak jalan).

Honestly, last sem aku rasa cara aku belajar salah dan aku takde planning kalau dapat kerja. Yelah aku budak graphic kena ada plan yang cun kaw kaw malapiau kud tapi aku rasa semua course kena ada plan bila do something. Aku rasa aku banyak main, banyak berangan dan banyak tolong orang dari tolong diri sendiri.

Sem ni aku sem 4 kira sem 3 memang aku rasa aku tak buat kerja dengan sepenuh keikhlasan hati dan main main je lebih. Final project illustration aku kena buat mash-up which is kau kena pilih cartoon east and west dan buat combination to look amazing. Okey ni paling aku lemah dan it take a lot of time untuk aku hadam mende alah ni sampai tak boleh hadam lah hahahaha. Tahap imaginasi aku masih kurang mungkin sebab selalu berangan pasal secret admire kud, ehh takde takde. Actually aku tak boleh imagine bayang bayang jatuh dekat mane. Bab shadow ni aku lemah sangat sangat sampai waktu presentation tu aku kena sound habis lah an tapi aku amik kata kata tu sebagai satu titik permulaan untuk aku belajar. Kalau lecturer aku tak bagi tahu apa kekurangan aku memang aku puas hati macam tu jelah kan dan jadibodoh sampai bilabila.

Citer pasal sem lepas kita tutup lah kan sebab itu hanya kenangan.

Sem 4 ni permulaan yang baru. Excited giloss sebab aku tahu sem ni sure duduk studio dan keluar banyak duit macam air tertumpah, jadi aku harus excited dan bersedia hahaha.

Nak cerita jugak pasal bilik, almaklumlah hakak kan datang hari sabtu bersamaan 6 jun 2015. Yeayy dapat bilik 4 katil tapi dapat tingkat 2. Alhamdulillah everything is good for me sebab bilik sebelah tandas, ampaian depan bilik je, almari besar dan dapat sorang satu dan macam macam lagi yang best. Kolej aku takde lah jauh dari fakulti, kalau nak pergi kelas tu around 10 ke 15 minit je (10 minit kalau dah lambat, 15 minit waktu kau buat catwalk). Kalau pasal roomate pulak memang aku cakap kitorang ni memang ditakdirkan bersama sama dari sem 1 sampai sekarang, alhamdulillah dapat sama sebab aku dah selesa dengan diorang, diorang dah kenal aku dan banyak rahsia aku dekat diorang takut bila lain lain bilik bocor pulak rahsia aku nanti (hehehe gurau je).

Doakan aku untuk tempuh segalanya :')

Tuesday, 2 June 2015

kejoo

Assalamualaikum si pembaca yang suka mencuba, ehh korang ke aku yang suka mencuba ni? hahaha okey new entry ni memang kaw kaw aku cakap benda baru yang kau cuba buat. Tapi bukan buat bende jahat pon, aku nak cakap ni aku kerja dengan member sendiri.

Citer nya macam ni, member aku ni ada catering (Anija Catering) (nama member aku ni Anis) , dia ajak aku jadi pekerja dia untuk 31 haribulan haritu. Aku kerja bawah dia kud jangan main giler. Okey first of all aku cuak lah kan sebab kawan aku yang join sekali (yani) dia cakap bapak Anis ni garang giler. Selama ni memang aku takut nak senyum dengan bapak dia pon muhahahahaha. Nampak tak sebenarnya aku memang cuak dengan orang muka garang.

Si Anis ni cakap lah kerja tak susah cuma kena buat kerja cepat je. Aku pepagi dah mandi, siap siap pakai uniform yang dia bagi. Pukul 8 si Anis ni amik aku dekat rumah dan kitorang gerak pergi tempat diorang masak masak sebab nak masukkan barang dekat lori tapi kitorang tak angkat pon sebab budak laki ramai gilosss so takyah buang tenaga. Aku dengan yani memang dah tercengang lah dekat tempat tu sebab dua dua tak tahu nak tolong angkat apa. Kitorang ni tunggu mak si anis ni bagi arahan angkat apa je. Waktu tu Anis tinggalkan kitorang sebab pergi isi minyak. Kitorang ada gak angkat tapi yang ringan ringan je sambil budak laki gelak sebab ringan sangat. kuajoooo betol.

Sampai sana kerja aku dengan yani siapkan meja VIP je. hahahaha senang tak senang lah an. Bila pengantin sampai dan diiringi squad VIP, aku, yani dengan anis stand by je dekat meja masing masing sebab they're our priority. Cedok nasi, tuang air dan tengok air penuh ke tak, kalau tak penuh refill. Lepas tu kerja aku angkat pinggan orang. hahahaha wey tak penat sangat kud sebab aku enjoy buat kerja ni.




Dah settle semua kitorang kemas, time ni aku kurang suka sebab kena susun cawan pinggan sudu bagai sebab barang barang tu semua bukan catering member aku punya. Weyy aku dah ahh tak cam barang catering dia kud. Kepala aku swing gak ahh cari bekas nak letak, nak asingkan semua tu. Nasib tak kena marah sebab kelembapan.


nampak tak muka kitorang tak penat.
dari kiri : aku, yani, anis dan mak anis

Sampai je dekat area rumah aku, Anis dengan Yani nak keluar. Anis nak belanja maka, Of course aku say YES. muahahahha. okey actually aku nak lepak lama sikit sebab nak dengar diorang gossip. After solat maghrib terus pergi makan. Diabawak kitorang pergi Serdang.



Suddenly perut aku meragam teroxx. Wey aku rasa waktu tu nak terkentut, nak membuang pon ada gak. Aku cakap diorang gelak gelak je, maybe sebab diorang ingat aku buat lawak. Lepak punya lepak sampai aku dah memang tak tahan nak membuang aku cakap nak balik. Waktu tu aku fikir tandas dekat rumah je sebab selesa dan boleh stay lama lama.

Dalam kereta memang nak lepas kan kentut tapi aku tahan sebab aku tahu kalau aku kentut bau mesti buat semua orang pengsan hahahhaha bila dah nak sampai rumah, aku call nombor rumah suruh diorang bukak pintu siap siap sebab bila turun kereta  je boleh spead terus ke tandas. hahahaha sampai je rumah apa yang aku rancang semua berjalan dengan lancar. aku lari laju giler sampai  kakak aku gelakgelak kan aku.

Penat tak terkata lah kan tapi BEST :)

Wednesday, 27 May 2015

Bau blog baru

Assalamualaikum semua :) wey dah lama tak ber-blogging ni. Well i deleted my old blog and i stand with new one. Insyaallah will be forever. hehehe :) my life seem so busy since i entered to university life. weyy dah tua, dah jadi dak dak U kud mane boleh main main. Tapi aku banyak main gak.

For sure ramai mesti tertanya tanya kenapa aku nak blogging balik ann? haha since aku masuk U ni hidup aku macam terumbang ambing. Ada tahap naik baik punya, senyum lebar je an. Sampai tahap jatuh rasa macam taknak hidup. Astagfirullah al azim jangan lah jadi orang yang tak kuat iman. Sekarang pon life aku totaly lain sebab aku suka sorang sorang, bukan tak berkawan tapi tak suka nak mengharap sesuatu dari manusia lain dan taknak menyusahakan manusia lain. Insyaallah Allah akan hantar kawan baik dunia akhirat untuk aku, aku percaya dan aku tunggu.

Lagi berapa hari je nak mula sem baru, cuak tahap apa entah sbb aku rasa aku paling loser di antara yang ter-loser. hahaha tapi aku banyak buat planning gak tapi aku tahu banyak tak menjadi punya dan aku percaya jika kita berusaha maka Allah akan membantu kita, insyaallah.

So do wait my next post. muahh muahh.