Tuesday, 2 June 2015

kejoo

Assalamualaikum si pembaca yang suka mencuba, ehh korang ke aku yang suka mencuba ni? hahaha okey new entry ni memang kaw kaw aku cakap benda baru yang kau cuba buat. Tapi bukan buat bende jahat pon, aku nak cakap ni aku kerja dengan member sendiri.

Citer nya macam ni, member aku ni ada catering (Anija Catering) (nama member aku ni Anis) , dia ajak aku jadi pekerja dia untuk 31 haribulan haritu. Aku kerja bawah dia kud jangan main giler. Okey first of all aku cuak lah kan sebab kawan aku yang join sekali (yani) dia cakap bapak Anis ni garang giler. Selama ni memang aku takut nak senyum dengan bapak dia pon muhahahahaha. Nampak tak sebenarnya aku memang cuak dengan orang muka garang.

Si Anis ni cakap lah kerja tak susah cuma kena buat kerja cepat je. Aku pepagi dah mandi, siap siap pakai uniform yang dia bagi. Pukul 8 si Anis ni amik aku dekat rumah dan kitorang gerak pergi tempat diorang masak masak sebab nak masukkan barang dekat lori tapi kitorang tak angkat pon sebab budak laki ramai gilosss so takyah buang tenaga. Aku dengan yani memang dah tercengang lah dekat tempat tu sebab dua dua tak tahu nak tolong angkat apa. Kitorang ni tunggu mak si anis ni bagi arahan angkat apa je. Waktu tu Anis tinggalkan kitorang sebab pergi isi minyak. Kitorang ada gak angkat tapi yang ringan ringan je sambil budak laki gelak sebab ringan sangat. kuajoooo betol.

Sampai sana kerja aku dengan yani siapkan meja VIP je. hahahaha senang tak senang lah an. Bila pengantin sampai dan diiringi squad VIP, aku, yani dengan anis stand by je dekat meja masing masing sebab they're our priority. Cedok nasi, tuang air dan tengok air penuh ke tak, kalau tak penuh refill. Lepas tu kerja aku angkat pinggan orang. hahahaha wey tak penat sangat kud sebab aku enjoy buat kerja ni.




Dah settle semua kitorang kemas, time ni aku kurang suka sebab kena susun cawan pinggan sudu bagai sebab barang barang tu semua bukan catering member aku punya. Weyy aku dah ahh tak cam barang catering dia kud. Kepala aku swing gak ahh cari bekas nak letak, nak asingkan semua tu. Nasib tak kena marah sebab kelembapan.


nampak tak muka kitorang tak penat.
dari kiri : aku, yani, anis dan mak anis

Sampai je dekat area rumah aku, Anis dengan Yani nak keluar. Anis nak belanja maka, Of course aku say YES. muahahahha. okey actually aku nak lepak lama sikit sebab nak dengar diorang gossip. After solat maghrib terus pergi makan. Diabawak kitorang pergi Serdang.



Suddenly perut aku meragam teroxx. Wey aku rasa waktu tu nak terkentut, nak membuang pon ada gak. Aku cakap diorang gelak gelak je, maybe sebab diorang ingat aku buat lawak. Lepak punya lepak sampai aku dah memang tak tahan nak membuang aku cakap nak balik. Waktu tu aku fikir tandas dekat rumah je sebab selesa dan boleh stay lama lama.

Dalam kereta memang nak lepas kan kentut tapi aku tahan sebab aku tahu kalau aku kentut bau mesti buat semua orang pengsan hahahhaha bila dah nak sampai rumah, aku call nombor rumah suruh diorang bukak pintu siap siap sebab bila turun kereta  je boleh spead terus ke tandas. hahahaha sampai je rumah apa yang aku rancang semua berjalan dengan lancar. aku lari laju giler sampai  kakak aku gelakgelak kan aku.

Penat tak terkata lah kan tapi BEST :)

No comments:

Post a Comment