Friday, 12 June 2015

Dah nak puasa wey :')

Assalamualaikum engkorang sekalian :)

Puasa minggu depan, insyaallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa dengan bulan yang mulia ni :)

First of all "dah ganti puasa ke adik adik, akak akak, mokcik mokcik sekalian? atau abang abang, pokcik pokcik? siapa belum cepat langsaikan tanggungjawab anda :) (warna merah tanda penegasan)

Harapan aku puasa tahun ni :

Harap puasa tahun ni aku kerap pergi solat terawih. Bukan nak cakap aku malas tapi aku banyak kerja. Tahu hidup kena korban ke jalan Allah tapi solat terawih ni ikut kemampuan kita, janji yang wajib kita laksanakan dulu. Tapi aku akan cuba curi masa jugak nak solat terawih, takkan nak puasa kosong je kan tanpa amalan yang Allah dah janjikan yang indah indah di bulan mulia ni.

Harap puasa tahun ni aku tak membazir macam tahun lepas. Elehh bukan aku sorang je yang membazir korang pon sama kan *angkat kening*. Serious wey aku rasa berdosa giler buang nasi, buang kuih yang tak bersalah tu. Aku rasa kalau diorang boleh bercakap sure dah maki hamun aku depan tong sampah. Tapi yang bestnya aku jarang beli air dekat bazaar, dah ahh banyak lepastu nak suruh aku minum sampai kembung, wey setakat air paip je wey aku rasa korang pon boleh amik air dekat tandas hostel tanpa masak air tu dulu. Dengar jijik kan tapi hakikatnya sebegitu, diorang pakai air paip je buat air tu (tapi tak semua penjual macam tu, ada yang masak dulu).

Harap aku tak tinggal sahur. Ni memang selalu aku buat since aku dekat Uitm sebab aku kerap tidur lambat sampai terlajak, dah azan baru bangun rasa macam nak nangis je waktu tu. Kalau dekat matrik dulu aku tak pernah tinggal sahur sebab roomate aku selalu kejutkan aku kalau dia bangun awal dan kalau aku bangun awal aku akan kejutkan dia.

Dah banyak harapan aku, aku doakan aku laksanakan yang baik baik supaya dihari hari lain akan menyusul yang baik baik sahaja, insyaallah :)

Selamat berpuasa korang semua :)

No comments:

Post a Comment