Sunday, 7 June 2015

Berjuang

Assalamualaikum engkorang engkorang sekalian :)

Tajuk memang cliche kan. Dak dak dah masuk sem baru cenggini lah mula mula semangat giler nanti dah last last macam kayu lembab je. Waktu last sem lah fikir nak pergi vacation sebab nak release tension bagai lah, waktu ni lah dugaan kerja kena reject lah, waktu ni lah duit keluar macam air tumpah. Banyak nak taip pasal 'waktu ni lah' tapi takpe kita cut down dulu sebab biar korang rasa sendiri.

Bila masuk U ni ingat semuanya best tapi tekaan aku salah sebab apa, sebab korang kena banyak buat sendiri dan once kau dah buat hal dekat kelas kau akan diperhatikan oleh lecturer bukan sorang tapi semua lecturer yang ajar kau. So far alhamdulillah aku masih baik walaupun kerap bangun lambat, sebab kerap stayed up, pelajar contoh an buat kerja sampai tidur lambat. hahahaha sem lepas aku banyak research dari buat kerja dan banyak fikir dari buat kerja (kau ada idea tapi satu pon tak jalan).

Honestly, last sem aku rasa cara aku belajar salah dan aku takde planning kalau dapat kerja. Yelah aku budak graphic kena ada plan yang cun kaw kaw malapiau kud tapi aku rasa semua course kena ada plan bila do something. Aku rasa aku banyak main, banyak berangan dan banyak tolong orang dari tolong diri sendiri.

Sem ni aku sem 4 kira sem 3 memang aku rasa aku tak buat kerja dengan sepenuh keikhlasan hati dan main main je lebih. Final project illustration aku kena buat mash-up which is kau kena pilih cartoon east and west dan buat combination to look amazing. Okey ni paling aku lemah dan it take a lot of time untuk aku hadam mende alah ni sampai tak boleh hadam lah hahahaha. Tahap imaginasi aku masih kurang mungkin sebab selalu berangan pasal secret admire kud, ehh takde takde. Actually aku tak boleh imagine bayang bayang jatuh dekat mane. Bab shadow ni aku lemah sangat sangat sampai waktu presentation tu aku kena sound habis lah an tapi aku amik kata kata tu sebagai satu titik permulaan untuk aku belajar. Kalau lecturer aku tak bagi tahu apa kekurangan aku memang aku puas hati macam tu jelah kan dan jadibodoh sampai bilabila.

Citer pasal sem lepas kita tutup lah kan sebab itu hanya kenangan.

Sem 4 ni permulaan yang baru. Excited giloss sebab aku tahu sem ni sure duduk studio dan keluar banyak duit macam air tertumpah, jadi aku harus excited dan bersedia hahaha.

Nak cerita jugak pasal bilik, almaklumlah hakak kan datang hari sabtu bersamaan 6 jun 2015. Yeayy dapat bilik 4 katil tapi dapat tingkat 2. Alhamdulillah everything is good for me sebab bilik sebelah tandas, ampaian depan bilik je, almari besar dan dapat sorang satu dan macam macam lagi yang best. Kolej aku takde lah jauh dari fakulti, kalau nak pergi kelas tu around 10 ke 15 minit je (10 minit kalau dah lambat, 15 minit waktu kau buat catwalk). Kalau pasal roomate pulak memang aku cakap kitorang ni memang ditakdirkan bersama sama dari sem 1 sampai sekarang, alhamdulillah dapat sama sebab aku dah selesa dengan diorang, diorang dah kenal aku dan banyak rahsia aku dekat diorang takut bila lain lain bilik bocor pulak rahsia aku nanti (hehehe gurau je).

Doakan aku untuk tempuh segalanya :')

1 comment:

  1. WELCOME BACK TO study!!!!

    wishes u all the best!

    ReplyDelete